BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)
"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
- (Imam asSyafie)
"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"
- (Imam asSyafie)
"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
- (Imam asSyafie)
"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
- (Imam Syafie)
"Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)
"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)
"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".
- (Imam asSyafie)
"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)
"Jadikan akhirat dihatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu"
- (Imam asSyafie)
KakiJalan
Monday, May 29, 2017
Friday, April 21, 2017
Tranik... 19 April 2017
Assalamualaikum.
19 april 2017, hari ni berjalan ke Travnik, ambil kereta sewa, kos sehari Euro75 atau KM 160 sekali dengan driver, aku lebih selesa ambil kereta sewa bila nak travel kemana mana di bumi Bosnia ni, memang banyak syarikat syarikat kereta sewa di sini, lebih mudah bagiku sebab dah ada contact orang Bosnia yang buat bisnes kereta sewa.. cuma set sehari atau dua hari sebelum hari travel , kemana destinasi, kos dan berapa hari nak travel.. keadaan muka bumi di Bosnia agak berbukit bukau dan bergunung ganang, kebanyakan jalanraya di sini juga agak kecil dan untuk laluan dua hala sahaja. Lebih mudah lagi jika ambil kereta sewa dan driver sekali..
On the way ke Travnik, singgah di kilang kulit di Visoko, untuk tengok barang kulit, brand origanal dari Bosnia iaitu Nezz, kualitinya agak memuaskan dan harga juga berpatutan. Sebagai kenangan bolehlah beli baju kulit atau hand bag dan lain lain
Muzium kecil di Travnik castle
Plava Voda ( air biru), Travnik
Masjid yang di bina tanpa paku

Di visoko, kilang kulit Nezz
Plava Voda ( air biru), Travnik
Masjid yang di bina tanpa paku
Barang tradisonal
Tuesday, April 18, 2017
18 april 2017,
Spring di Bosnia , malam ni salji turun lebat.. memang pelik cuaca sekarang ni, dah akhir zaman agaknya. Cuaca pun makin sejuk, masa spring ni lah byk pokok2 dan bunga2 yang cantik.. dan cuaca amat nyaman. Minggu lepas satu group dari malaysia melancong ke sini. Masa tu cuaca amat2 best.. sejak kebelakangan ni ramai juga orang dari Malaysia yang melancong ke negara2 Balkan termasuk Bosnia.. mereka ingin melihat keindahan negara ini. Walaupun aku dah lama duduk di Bosnia ni aku tetap tak pernah jemu melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang amat2 cantik.. senang cerita kat Malaysia kita tak akan dapat melihat permandangan macam kat Bosnia. Tapi Malaysia tetap di hatiku...😉😘
Permandangan di Bosnia
Makanan tradisional Bosnia

Group dari Malaysia

Monday, April 17, 2017
Salam pengenalan
Assalamualaikum wrth..
salam pengenalan buat semua. Ketika ini aku di Bosnia. Tak pasti apa nak tulis sebenarnya sebab ini pertama kali aku ada blogku sendiri.. Ramai yang meminta aku menulis pengalaman aku. Hampir 4 tahun aku di Bosnia mengikut hubby yang bekerja kat sini sejak hujung tahun 2008. Umpama macam mimpi ketika pertama kali jejak kaki ke Bosnia, ada yang tanya "jadi nurse ke kat sana, tak takut ke pergi sana, Bosnia kan perang lagi".. rupanya ada juga yang masih tak tahu yang Bosnia dah lama aman.. alhamdulillah..
Kalau nak ke Bosnia, tak ada direct flight dari Malaysia, samada akan transit sekali atau dua kali. Ada beberapa airline yang boleh sampai ke Bosnia seperti Austrian Airline, Qatar Airline, Turkish Airline dan lain lain.. boleh search kat internet. Dalam semua airline aku paling selesa menaiki Turkish Airline sebab cuma satu transit sahaja iaitu di Istanbul.. Dari klia mengambil masa 10 jam 30 minit ke Istanbul, 2 jam transit di Istanbul dan lagi 1 jam 50 minit lagi untuk sampai ke Sarajevo Airport, Bosnia. Beside kita tak perlu ragu ragu makanan yang di saji jika naik Turkish Airline, insyaAllah.
Pertama kali sampai di airport Sarajevo, terasa seperti subang airport malah sebenarnya saiznya lebih kecil lagi dan umpama seperti kita berada di zaman 80 an. Hampir 8 tahun aku berulang alik dari Malaysia ke Bosnia ( 4 tahun pertama aku tak duduk dengan suami ku di Bosnia) tak banyak perubahan dan pembangunan yang ketara di negara yang berada di benua Eropah ini. Alhamdulillah di Bosnia senang untuk kita mendapat makanan halal terutama di kawasan kawasan yang ramai beragama Islam. Masjid juga banyak dan kedengaran azan di laungkan setiap kali masuk waktu solat.
Keindahan negara Bosnia ini memang tidak dapat di nafikan, hampir keseluruhan kawasan di sini mempunyai permandangan yang amat cantik. Gunung ganang, air sungai yang mengalir, kecantikan alam semula jadinya menjadikan sesiapa yang datang melancong pertama kali terasa ingin datang lagi. Mempunyai empat musim seperti negara negara eropah yang lain.
Vrelo Bosna sewaktu musim luruh.
.

![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)
30 mei 2017... kembali
BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE "Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan....