salam pengenalan buat semua. Ketika ini aku di Bosnia. Tak pasti apa nak tulis sebenarnya sebab ini pertama kali aku ada blogku sendiri.. Ramai yang meminta aku menulis pengalaman aku. Hampir 4 tahun aku di Bosnia mengikut hubby yang bekerja kat sini sejak hujung tahun 2008. Umpama macam mimpi ketika pertama kali jejak kaki ke Bosnia, ada yang tanya "jadi nurse ke kat sana, tak takut ke pergi sana, Bosnia kan perang lagi".. rupanya ada juga yang masih tak tahu yang Bosnia dah lama aman.. alhamdulillah..
Kalau nak ke Bosnia, tak ada direct flight dari Malaysia, samada akan transit sekali atau dua kali. Ada beberapa airline yang boleh sampai ke Bosnia seperti Austrian Airline, Qatar Airline, Turkish Airline dan lain lain.. boleh search kat internet. Dalam semua airline aku paling selesa menaiki Turkish Airline sebab cuma satu transit sahaja iaitu di Istanbul.. Dari klia mengambil masa 10 jam 30 minit ke Istanbul, 2 jam transit di Istanbul dan lagi 1 jam 50 minit lagi untuk sampai ke Sarajevo Airport, Bosnia. Beside kita tak perlu ragu ragu makanan yang di saji jika naik Turkish Airline, insyaAllah.
Pertama kali sampai di airport Sarajevo, terasa seperti subang airport malah sebenarnya saiznya lebih kecil lagi dan umpama seperti kita berada di zaman 80 an. Hampir 8 tahun aku berulang alik dari Malaysia ke Bosnia ( 4 tahun pertama aku tak duduk dengan suami ku di Bosnia) tak banyak perubahan dan pembangunan yang ketara di negara yang berada di benua Eropah ini. Alhamdulillah di Bosnia senang untuk kita mendapat makanan halal terutama di kawasan kawasan yang ramai beragama Islam. Masjid juga banyak dan kedengaran azan di laungkan setiap kali masuk waktu solat.
Keindahan negara Bosnia ini memang tidak dapat di nafikan, hampir keseluruhan kawasan di sini mempunyai permandangan yang amat cantik. Gunung ganang, air sungai yang mengalir, kecantikan alam semula jadinya menjadikan sesiapa yang datang melancong pertama kali terasa ingin datang lagi. Mempunyai empat musim seperti negara negara eropah yang lain.
Vrelo Bosna sewaktu musim luruh.
.
![]() |



No comments:
Post a Comment